Snippets
Articles
Life Tips
The Mini
Oldies
Me

Articles That Matter

...


KISAH ZIKIR MALAM JUMAAT
Alkisahnya, ada hamba Allah ni yang kerjanya selalu outstation, macam orang jual ubat yang lama baru balik rumah. Pada satu petang Khamis tu dia pun balik rumah. Dah mandi gitu dia pun sembahyang, lepas sembahyang dia berwirid. Masa tengah zikir, "La ilaha illallah...", dia berhenti sekejap teriak tanya bini, "Budak-budak dah mandi, Mah". "Dah Bang" jawab bininya.

'La ilaha illallah ..." disambung zikirnya. Tak lama lepas tu, dia berhenti sekejap zikirnya dan tanya, "Budak-budak dah makan, Mah". "Dah Bang, saya kasi makan terus lepas pakaikan baju tadi", jawab bininya. Syukur dia dapat bini yang cekap. "La ilaha illallah ..." dengan laju sikit rentak zikirnya.

Selepas beberapa minit, dia tanya lagi bininya, "Budak-budak dah tidur Mah". "Dah Bang" jawab bininya tu. "Baguslah tu", dia jawab dengan senyum sedikit. Laju sekali zikirnya macam naik sheikh, "La ilahaillah ..." tak sabar. Tak berapa minit lepas tu dia berhenti sekejap lagi dan dengan nada romantik ditanya bininya, "Mah dah sembahyang belum". Bininya lantas menjawab, "Tak boleh sembahyang, Bang". "Laaaaaa ilaaaaha illallaaaaaaaahhhhhh", dengan nada mengeluh diakhiri zikir panjangnya dan terus naik katil tidur, kecewa salah kira hari untuk pulang. Yang bini di luar heran kenapa tiba-tiba berhenti zikir suaminya....